PETUA
2001
![]()
TAHUKAH ANDA![]()
Tabiat makan yang buruk kadangkala boleh mendatangkan penyakit. tetapi denga makanan
juga kita boleh melawan penyakit .untuk itu kita perlu tahu jenis jenis makanan yang boleh
membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan menghindarkan makanan yang boleh memberi penyakit
. di bawah ini ada senarai makanan yang membantu badan melawan penyakit.
1. kobis dan kobis
bunga.
mengandungi bahan bahan yang memberi perlindungan kepada penyakit kanser terutama
sekali kanser buah dada.
2. Daun sadri.
mengandungi bahan kimia untuk merendahkan tekanan darah.
3. Buah Buah Citrus.
kaya dengan vitamin C juga membantu melindungi daripada kanser.
4. Makanan laut.
mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan strok. merupakan keperluan yang sangat
baik kepada wanita yang mengandung dan yang menyusu anak dengan susu dada.
5. Minyak zaitun.
mengurangkan kadar kolestrol dalam badan serta mengurangkan risilo serangan jantung.
6. Bawang merah dan bawang
putih.
mengurangkan kolestrol dan memberi perlindungan dari serangan jantung dan kanser.
7. bijirin Oat.
membantu menurungkan kadar kolestrol dalam badan.
8. Teh.
mengandungi bahan kimia yang boleh melindungi badan daripada serangan beberapa jenis
kanser.
MASAALAH RAMBUT
BERUBAN
1)bolih diatasi jika diamal
selalu dengan petua ini.
dapatkan sebiji betik masak ambil bijinya saja dan isinya boleh makanlaaaa.
2) 200ml minyak zaitun.
cara caranya.
biji betik dibersih dan digoreng hangit dan sejukan selepas itu hendaklah dikisar
sehingga
halus/debu dan diayak ambil debunya sahaja dan masukan kedalam botol minyak zaitun
goncang sehingga sebati, bolehlah dipakai sebagai minyak rambut setiap malam.
# nota: sebaik baiknya amalkan sebelum rambut beruban kalau dah beruban beruban
laa...
Cucur Rangup
Inginkan cucur yang lebih rangup untuk hindangan petang ini? Ambil dua sudu minyak panas dan masukan ke dalam bacuhan tepung. kacau rata-rata sebelum di goreng.
Menghalau semut
Anda mempunyai masalah dengan semut? Untuk menghalau semut, bakar kulit telur sehingga menjadi abu dan ambil abu tersebut taburlah di kawasan yang menjadi tumpuan semut.
Elak Dari Mabuk
Ketika dalam perjalanan jauh, ada diantara kita mudah di serang mabuk darat/laut/udara, cuba petua ini ambil tiga sudu madu lebah dan campurkan dengan sedikit garam. minum sebelum perjalanan.
Ibu Kunyit Ubat Selesema
Sekiranya anak anda selalu diserang selesema terutama di waktu malam, jangan risau.ambil lah sedikit ibu kunyit .asah pada pasu dan sapukan pada hidung anak anda. lakukan berulang kali insya-allah ia akan sembuh.
Bantu Simanja Semasa Deman
Kanak-kanak memang sering deman. Ambil asam jawa yang selalu digunakan untuk masakan. cara nya, ambil dua camca besar asam jawa campur dengan secawan air masak, lumurkan pada dahi dan seluruh kepala anak anda.
insya-allah kita sambung lagi.../