Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Bersyukur ke hadrat Illahi
kerana dengan limpah dan kurnianya, maka pada akhirnya, dapatlah terhasil sebuah laman web
keluarga saya sendiri. Penantian yang lama bagi menunggu kelahiran laman web ini memang
sangat dinantikan oleh semua ahli keluarga warga Kuala Berang. Alhamdulillah.
Menjelang era sains dan teknologi, dunia kian berlumba-lumba untuk mencipta pelbagai
rekaan yang mampu menarik perhatian ramai. Salah satunya ialah laman web yang memang kita
sudah tahu dengan laman inilah, maka seluruh dunia dapat mengetahui sesuatu. Penciptaan
laman web yang dijalankan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan sesuatu itu.
Sesungguhya dengan penciptaan laman web ini, ia jelas menunjukkan bahawa bukan
sahaja mampu untuk mempelopori dalam bidang akademik malah tidak ketandusan bakat dalam
bidang teknologi komputer sekaligus tidak ketinggalan dalam perkembangan sains dan
teknologi dalam dunia tanpa sempadan ini. Meskipun ini merupakan sebuah laman web
yang ringkas, kita turut tidak ketinggalan dalam bidang ini. Ini membuktikan bahawa agama
bukanlah penghalang bagi sesebuah kaum dalam mencapai kemajuan.
Alhamdulillah, saya amat berharap agar daya juang serta komitmen
anda senantiasa mekar terpahat di sanubari kita semua sebagai warga yang berwawasan.
Yang Benar,
( Aba )
|