|
Makna dari Segi Bahasa: |
|
Zakat dari segi bahasa boleh diertikan sebagai
tumbuh dan bertambah. Ia juga bererti zakat dan baik, suci dan subur. Ia
membawa makna pembersihan dan kesuburan, kerana dengan mengeluarkan
zakat, maka harta pencarian dan simpanan menjadi bersih; bersih dari
sesuatu yang haram dimiliki, iaitu hak-hak orang lain yang telah
diwajibkan kita mengeluarkannya, serta hasil pencarian dan pendapatan
tersebut akan diberkati Allah. |
|
|
|
Makna Dari Segi Syara': |
|
Zakat dari segi syarak bermaksud nama daripada
harta-harta tertentu yang diberikan kepada orang-orang tertentu dengan
syarat-syarat yang tertentu. Pembayaran zakat dibuat oleh seseorang
Muslim dari harta/ pendapatan/ perniagaan/ tanaman/ ternakannya sama ada
dalam bentuk wang atau bijian atau ternakan, dengan kadar tertentu (2.5%
atau 5% atau 10%) bergantung kepada jenis harta, yang diserah kepada
pihak berkuasa yang mengutip zakat, untuk diagih kepada 8 asnaf
golongan-golongan yang berhak menerima zakat. Zakat juga boleh dibayar
terus sekiranya tiada pihak berkuasa menguruskannya. |
|
|
|
Syarat-syarat Umum Wajib Membayar Zakat: |
|
i. Islam
ii. Merdeka
iii. Milik Sempurna
iv. Cukup Nisab
v. Genap Setahun |
|
|
|
Mengapa Wajib Membayar Zakat? |
|
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang
lima. Ianya diwajibkan atas diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam
yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang,
Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang
layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat
mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.
Firman Allah I

Maksudnya : "Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat)
supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan
mereka (dari akhlak yang buruk). " (Surah At-Taubah : 103)
 |
|
CARA PENGIRAAN ZAKAT |
|
Zakat Harta |
|
1. Zakat Pendapatan |
|
2 cara untuk mengira zakat pendapatan:
Cara 1 : (Membayar 2.5% atas pendapatan kasar setahun)
Contoh :
Jika pendapatan kasar setahun ialah RM100,000 maka zakat ialah : 2.5% x
RM100,000 = RM2,500 setahun.
Cara 2 : (Membayar setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan)
Contoh :
Jika pendapatan setahun RM24,000 dan perbelanjaan - perbelanjaan asasi
dan wajib setahun ialah RM14,000 maka, zakat adalah 2.5% atas RM10,000 =
RM250 setahun. |
|
2. Zakat Simpanan |
|
2.5% atas baki terendah sesuatu tahun semua jenis
simpanan, kalau baki terendah tersebut bersamaan atau lebih dari nisab.
Contoh :
Kalau jumlah simpanan terendah dalam sesuatu tahun ialah RM20,000, maka
zakat ialah: 2.5% x RM20,000 = RM500 setahun. |
|
3. Zakat Perniagaan |
|
2.5% atas harta perniagaan yang layak dizakat yang
bersamaan atau melebihi nisab.
Harta perniagaan yang layak dizakat ialah : (harta semasa bersih +
pelaburan jangka pendek didarab dengan 2.5%). Secara praktik, lihat pada
kunci kira-kira perniagaan. Jika pemegang saham berkongsi dengan bukan
Muslim, ambil kira peratus milik muslim sahaja dalam harta tersebut.
|
|
|
|
4. Zakat Saham |
|
2.5% atas nilai terendah sesuatu tahun semua saham
(setelah ditolak hutang atas saham-saham tersebut), kalau nilai tersebut
tidak kurang dari nisab. |
|
|
|
5. Zakat Emas |
|
2.5% atas nilai emas semasa yang disimpan setahun (dengan
syarat tidak kurang dari paras nisab). Bagi emas perhiasan yang dipakai
ia tidak dikenakan zakat, kecuali melebihi uruf (kadar kebiasaan
pemakaian emas masyarakat setempat). Zakat akan dikenakan atas lebihan
setelah ditolak uruf. Uruf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah
RM5000. |
|
|
|
6. Zakat Tanaman |
|
10% atas nilai tanaman-tanaman yang layak dizakat
seperti padi dan biji-bijian dan buah-buahan pada masa ia dituai
sekiranya melebihi nisab yang telah ditetapkan.
Contoh :
Padi : Nisabnya 450 gantang @ 1,620 kg. Lazimnya zakat dibayar secara
wang tunai dan bukan hasil tanaman.
Untuk tanaman-tanaman yang lain atau buah-buahan, secara praktik
bolehlah diguna nisab 85 gram emas iaitu RM3,000. Kalau nilai lebih dari
nisab, baru dikenakan zakat. Zakat atas hasil tanaman dikenakan sebanyak
10% jika disirami menggunakan air hujan atau sungai (sumber semulajadi)
dan sekiranya diairi dengan pengairan secara tersusun (seperti taliair)
dikenakan atas 5% sahaja . |
|
|
|
7. Zakat Ternakan |
|
Kadarnya bergantung kepada jenis haiwan yang
diternak.
Contoh :
Lembu, 30 ekor, zakatnya seekor anak lembu (2 tahun) ; 40 ekor, zakatnya
seekor lembu ; 60 ekor, zakatnya 2 ekor anak lembu ; 70 ekor, zakatnya
seekor lembu dan seekor anak lembu. Kambing, 40 ekor hingga 79 ekor,
zakatnya seekor kambing ; 80 hingga 119, zakatnya 2 ekor kambing. |
|
|
|
8. Zakat KWSP |
|
Caruman wang pekerja dan majikan ke dalam Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikenakan zakat apabila cukup nisab dan
haul. Terdapat dua pendapat di dalam pengiraan zakat KWSP iaitu:
1. Milik Tak Sempurna
Mengikut pandangan ini, zakat hanya wajib dikeluarkan ketika bersara
atau mengeluarkan sebahagian wang daripada KWSP semasa cukup umur.
Kadarnya adalah 2.5%. Sebagai contoh, jika pencarum mengeluarkan wang
sebanyak RM100,000 maka zakatnya, adalah RM2,500. (Sebagau makluman,
Pusat Pungutan Zakat menggunakan pandangan ini dalam pengiraan zakat
KWSP)
2. Milik Sempurna
Mengikut pandangan ini, wang yang tersimpan di dalam KWSP dikenakan
zakat apabila ianya cukup nisab dan haul (caruman wang pekerja sahaja
iaitu tidak termasuk caruman majiakan). Ini bermakna ianya wajib
dikeluarkan zakat pada tiap-tiap tahun apabila memenuhi syarat-syaratnya
walaupun wang tersebut masih berada didalam tabung KWSP. Kadarnya adalah
2.5% apabila caruman melebihi nisab.
Contohnya seseorang yang mempunyai caruman bahagiannya sebanyak
RM100,000 x 2.5% (kadar zakat) = RM2,500 bayaran zakat bagi tahun
tersebut. |
|
Zakat
Badan |
|
9. Zakat Fitrah |
|
Nilai semasa zakat fitrah ialah RM3.00 hingga
RM5.00 seorang bergantung di negeri masing-masing. Pada kebiasannya
ketua keluarga akan membayar kepada amil di masjid yang berdekatan dalam
bulan Ramadhan.
Nota :
Dalam perkiraan jenis-jenis zakat yang tersebut di atas (harta,
pendapatan, wang simpanan, saham, perniagaan, emas) nisab ialah nilai
semasa 85 gram emas. Di Malaysia ianya adalah lebih kurang RM3,000. Jadi
jika harta yang layak dizakat bersamaan atau melebihi nisab, maka ia
diwajibkan zakat atas 2.5%. |